Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<November, 2024>>
SMTWTFS
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penambahbaikan Tahun 2024

AQUALITY

 

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak

Ibu Pejabat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak Mezzanine and 1st Floor, Bangunan ST3, No. 55, Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching, Sarawak.

Tel : 082-263000

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

JOSEPH JENANG

 

Ahli- Ahli :

1. ANWARUL ADZIZI BIN ADENI
2. RODERICK LIKU
3. INTAN NURHAFIZAH FAZRIANA BINTI HAMZANI
4. HAMIZAH BINTI JUNAIDI
5. CATHERINE BELAYAU ANAK AGOK
6. ISMAIL BIN UKA

Tajuk Projek: PROSES PENGEBILAN AIR YANG KURANG CEKAP

HURAIAN PROJEK:

Pengurusan pengebilan air merupakan antara isu utama dalam operasi perkhidmatan JBALB Sarawak. Proses pengebilan air yang sedia ada boleh ditambahbaik dengan mengenalpasti kelemahan dalam proses tersebut. Inovasi kami telah membangunkan satu sistem solusi yang berintegrasi untuk menguruskan pembacaan meter, penjanaan bil dan pembayaran bil air yang lebih cekap. Inovasi perkhidmatan digital end-to-end yang dinamakan MeTAR ini juga diintegrasikan dengan modul sistem pengebilan air JBALB dan sistem khidmat pelanggan. Sistem ini merangkumi pemasangan meter pintar Narrow Band-Internet of Things (NB-IoT) yang boleh menghapuskan pembacaan meter secara manual dan mendapatkan data yang lebih tepat dan konsisten. Seterusnya, JBALB Advanced Metering Infrastructure (AMI) akan memproses data secara sistematik dan menyeluruh untuk penjanaan bil secara atas talian. Hasilnya, proses pengebilan tidak memerlukan masa yang lama dan tenaga kerja yang ramai. Akhir sekali, Modul MyWater ialah modul yang terbina dalam aplikasi khidmat pelanggan iaitu aplikasi Service Sarawak. Secara keseluruhan, inisiatif ini merupakan salah satu langkah pihak JBALB dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan terutamanya dari aspek pengebilan penggunaan air kepada pengguna. Inovasi ini juga telah memberi impak tinggi dalam kutipan hasil Kerajaan Negeri dan mengurangkan kos operasi jabatan. Sistem ini merupakan inovasi pertama diperkenalkan di Malaysia untuk proses pengebilan yang lebih cekap dan efisien.