Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<November, 2024>>
SMTWTFS
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penambahbaikan Tahun 2024

Knights of Batang Lupar

 

JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN SRI AMAN

JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN SRI AMAN, JALAN DURIAN, 95000 SRI AMAN, SARAWAK

Tel : 083322186

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

SITI NABILLA BINTI BORHAN

 

Ahli- Ahli :

1. MOHAMAD NORFAISAL BIN GANI
2. JEMICA TASNIM BINTI STAN
3. JANETA GEE ANAK ALEK
4. WAN NOORAZLAN BIN WAN PAUZI
5. MOHAMMAD NURUL HAFIZ BIN HOLI
6. MASAZIZUL BIN SUHAILI
7. JERRYSON DUNGGAT ANAK JOHNY

Tajuk Projek: PENENTUAN SEMPADAN LOT PADA PELAN KASAR SEMASA KERJA PENGUKURAN ADALAH KURANG EFEKTIF

HURAIAN PROJEK:

Inisiatif Baru NCR yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 22 Julai 2010 di Miri Sarawak adalah usahasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan sehingga kini .Tujuannya adalah memberi jaminan pemilikan tanah NCR dan membawa kesejahteraan ekonomi kepada pemilik tanah NCR melalui pembangunan tanah. Justeru, pengeluaran surat hakmilik tanah hanya diproses sekiranya permohonan lengkap diterima. Dalam projek ini, kumpulan mengambil inisiatif untuk memperkasakan peringkat kedua iaitu Perlaksanaan Dialog dan Penyediaan Dokumentasi Tanah di mana keperluan Jawatankuasa Induk Biro Tanah untuk menyediakan dokumentasi tanah yang mengandungi Pelan Tanah dan Jadual Penuntut. Pelan lakaran kasar penting untuk melancarkan proses pengukuran kerana kedudukan tanah setiap individu telah dikenalpasti, memudahkan pasukan ukur menghubungi pemilik tanah, memudahkan jabatan memperuntukan jumlah peg yang akan digunakan, pertikaian dapat dikesan dan diselesaikan pada peringkat awal dan sebagainya. Pelan lakaran disediakan melalui lorekan tangan menggunakan pen atau pensel tanpa mengetahui koordinat dan kedudukan sempadan yang sebenar. Semasa kerja pengukuran, maklumat persempadanan antara lot yang tidak sahih menyebabkan kelewatan kerja ukur selesai dan maklumat penuntutsukar didapati. Selain itu, ianya menyebabkan kawasan bertindih di lapangan dan terdapat perbezaan ketara saiz sebenar dengan pelan lakaran. Melalui semakan yang dilakukan, tiada panduan khusus dalam penghasilan pelan lakaran kasar menyebabkan hampir semua pelan lakaran yang disediakan oleh penuntut adalah tidak sama seperti keadaan yang sebenar. Kajian juga mendapati, setiap pejabat bahagian mempunyai pelan lakaran kasar yang berbeza. Inovasi yang diperkenalkan lebih memberi fokus kepada mewujudkan carta alir kerja yang baru bagi proses melengkapkan dokumen permohonan Seksyen 18 KTN dan menyediakan pelan kasar yang standard dan system dikenali sebagai Retrace - Sketching Boundary Solutions. Sistem Retrace yang terdiri daripada Web-based dan akan menghasilkan pelan lakaran secara digital dan mempunyai ketepatan yang lebih tinggi. Dengan adanya Retrace, ianya yang memudahkan penuntut untuk membuat lakaran secara digital sekaligus permohonan yang lengkap dapat dihantar sekaligus kepada OIC JTS. Sudah pasti, pendigitalan pelan lakaran mampu mempercepatkan urusan penuntut dan melancarkan kerja pengukuran NCR Seksyen 18 KTN. Penyediaan platform ini sekaligus mendidik semua pihak mengenai kepentingan pemilikan tanah yang sah. Perkhidmatan pegawai JTS menjadi lebih efektif apabila penyediaan dokumen dan laporan adalah lebih cepat ke arah pentadbiran yang terbaik untuk faedah rakyat dan negeri.