Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<November, 2024>>
SMTWTFS
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penciptaan Tahun 2024

YELLOW BRIDGE

 

Jabatan Kerja Raya Sarawak

TINGKAT 8-9 MENARA PEHIN SETIARAJA MUKAH, 96400 MUKAH, SARAWAK

Tel : 084871040

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

Ts Nur Lokman Bin Lokeng

 

Ahli- Ahli :

1. Ts Grace Lee
2. Aaron Bin Alexius Asiew
3. Mohamad Fa'eez Bin Liakat Ali Khan
4. Mohamad Nazreen Bin Jamal
5. Nuresa Esa Abdullah
6. Mohd. Fazri Bin Suhaili
7. Mohammad Nur Azri Bin Zaidi

Tajuk Projek: Kelemahan Komunikasi Di Antara Flagman dan Pengguna Jalan Raya Semasa Kerja Penyelenggaraan Jalan

HURAIAN PROJEK:

Kumpulan Inovasi &amp; Kreatif (KIK) Yellow Bridge, Jabatan Kerja Raya Bahagian Mukah telah layak ke peringkat akhir Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2024. Pada tahun ini, Kumpulan Yellow Bridge mengetengahkan bidang inovasi sosial dalam kategori inovasi penciptaan bagi memenuhi kepentingan sosial dengan lebih berkesan dan mengutamakan kepentingan rakyat. Inovasi penciptaan oleh Kumpulan Yellow Bridge merupakan sebuah produk yang dinamakan sebagai Automatic Traffic Control Stand (ATRACS). Produk ini merupakan sebuah papan tanda automatik yang dapat dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh untuk kegunaan flagman bagi mengawal aliran trafik semasa kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan. Saban hari seringkali kejadian kemalangan semasa kerja penyelenggaraan jalan dilaporkan di media massa mahupun media sosial. Kemalangan yang melibatkan pengguna jalan raya ini seringkali berlaku berpunca daripada kelemahan komunikasi di antara flagman dan pengguna jalan raya di mana berlakunya salah faham seperti penyampaian arahan trafik yang tidak jelas oleh flagman dan penerimaan arahan yang mengelirukan oleh pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kecelaruan semasa pergerakan trafik ketika kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan. Oleh itu, sasaran projek pada kali ini adalah untuk mengurangkan kadar kekerapan kelemahan komunikasi di antara flagman dan pengguna jalan raya. Sebelum penggunaan produk ATRACS, kumpulan telah membuat pemerhatian di beberapa lokasi berbeza di bahagian Mukah. Kumpulan mendapati kadar kekerapan kelemahan komunikasi di antara flagman dan pengguna jalan raya adalah pada tahap yang membimbangkan. Setelah penggunaan ATRACS, kumpulan telah berjaya mencapai sasaran projek dengan penurunan kadar kekerapan yang ketara dan memberangsangkan. Kumpulan telah mengadakan sesi jerayawara bagi memperkenalkan hasil inovasi. Kumpulan telah menyasarkan pihak pembekal perkhidmatan penyelenggaraan jalan negeri di seluruh Sarawak serta pihak-pihak yang terlibat dengan penyelenggaraan jalan. Berdasarkan maklumbalas positif yang diterima pada sesi jerayawara, pada peringkat permulaan ini kita akan melihat sekurang-kurangnya sepuluh (10) unit ATRACS digunapakai di seluruh Sarawak pada tahun 2024. Bagi perlindungan harta intelek, kumpulan telah memohon pendaftaran pematenanan ATRACS ke Sarawak Multimedia Authority (SMA), selain fasa penyediaan dokumen bagi pendaftaran paten MyIPO dan kelulusan SIRIM bagi pendaftaran paten ke MyIPO dan mendapatkan kelulusan SIRIM bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti dan keselamatan ATRACS.