Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<April, 2025>>
SMTWTFS
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930 


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penciptaan Tahun 2024

E-Vengers

 

Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar (NREB) Sarawak

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak Tingkat 18-20, Menara Pelita Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub Petra Jaya, 93050 Kuching Beg Berkunci 2103 Sarawak, Malaysia

Tel : 082-44748

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

Mitchell Bay Anak Samuel

 

Ahli- Ahli :

1. AZZA NURAZMIZA BINTI AZIZ
2. ROSNAH BINTI ABDULLAH ZAINAL
3. Keegan anak Didit
4. Mohd Azreen Ezani Bin Ariffin
5. Mohammad Sayuti bin Ramlee

Tajuk Projek: KESUKARAN MENGAMBIL SAMPEL AIR SECARA MANUAL

HURAIAN PROJEK:

Pencemaran alam sekitar merupakan suatu isu yang dipandang serius di Sarawak dan insiden pencemaran air di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada Mac 2019 yang telah mengakibatkan krisis kesihatan awam merupakan suatu peringatan pentingnya pemantauan alam sekitar yang efisien. Salah satu langkah pencegahan dari berlakunya insiden pencemaran alam sekitar yang serius oleh NREB Sarawak adalah melalui Program Pemantauan Kualiti Air untuk memantau status terkini dan &lsquo;trend&rsquo; kualiti air di Sarawak semenjak tahun 1999. Statistik menunjukkan jumlah pensampelan air sungai yang dibuat di seluruh Sarawak dari tempoh Januari 2024 hingga Mei 2024 adalah sebanyak 574. Dari jumlah ini, sebanyak 390 pensampelan secara manual adalah terletak di kawasan mencabar iaitu bersamaan dengan 68% daripada jumlah pensampelan air sungai. Buat masa ini, aktiviti pensampelan air dijalankan secara manual iaitu dengan menggunakan baldi yang diikat dengan tali. Kesukaran berlaku apabila berada di kawasan yang mencabar. Aktiviti pensampelan air perlu dilaksanakan dengan lebih efisien agar tugas dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan sasaran Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan oleh agensi dapat dicapai. Oleh yang demikian, satu pasukan KIK bernama E-Vengers telah ditubuhkan untuk mengatasi masalah tersebut dan mempercepatkan proses pengambilan sampel air yang sedia ada. Dengan pemilihan tajuk projek Kesukaran Pengambilan Sampel Air Secara Manual, pihak E-Vengers telah berjaya menghasilkan satu mesin pensampelan air mudah alih yang dikenali sebagai WASAP-1. Produk inovasi ini membolehkan proses pengambilan sampel air oleh warga kerja NREB menjadi lebih efisien. Melalui mesin ini, proses kerja dan masa dapat dikurangkan sekaligus mengurangkan risiko keselamatan dan ergonomik kakitangan yang bertugas dan kerja yang berulang berjaya disingkirkan.