Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Mei, 2025>>
SMTWTFS
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penciptaan Tahun 2019

Kunci

 

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Sahagian Pemetaan Topografi Sarawak)

Tingkat 7, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93578 Kuching Sarawak

Tel : 082-420763

Faks : 082-245420


BIODATA

 

Fasilitator :

Sr. Mohammad Abdillah Bin Dolbah

 

Ketua Kumpulan :

Ramachandran Al Krishnan

 

Ahli- Ahli :

Mohammad Fauzan Bin Su'ut
Sabrina Saginal Abdullah
Norita Binti Atek
Lee Poh Joo
Luciana Usun Lenjau
Banny All Seman

Tajuk Projek: DRYBOX T18

HURAIAN PROJEK:

Cerapan lambat di lapangan isu yang berlaku di JUPEM Sarawak berpunca daripada pemeluwapan pada bahagian optic alat ukur.Pegawai kerja luar terpaksa menunggu 20 minit mula pengukuran. Jabatan terpaksa menanggung kos penyelenggaran bahagian optic disebabkan oleh pertumbuhan kulat (fungus) berpunca dari kelembapan. DRYBOX T18 alat rekacipta yang terhasil dari hasil usaha ahli-ahli kumpulan KUNCI bagi “Mengatasi masalah cerapan lambat di lapangan oleh pemeluwapan dan fungus yang berlaku di bahagian optic peralatan ukur. Alat ini merupakan suatu alat pengering yang mengekalkan suhu bilik iaitu antara 24 ke 26.5darjah celsius serta mengekalkan udara kering dalam DRYBOX T18. Terdapat kipas bagi membantu peredaran udara supaya udara sentiasa bersih, kering serta mengelakkan keadaan bakum daripada berlaku. Ia membantu dalam pensetoran alat ukur semasa kerja luar yang bercuaca lembab dan berkabus terutamanya kawasan tinggi seperti di sempadan. Ia membantu dalam penjagaan alat serta mengelakkan pertumbuhan kulat pada alat ukur terutamanya bahagian optic ala tukur.