Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Jun, 2025>>
SMTWTFS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930 


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penambahbaikan Tahun 2020

BTS 2.0

 

PENTADBIRAN BAHAGIAN BINTULU

PEJABAT RESIDEN BINTULU Tingkat 1, Wisma Residen, Jalan Pisang Keling, Off Jalan Tun Razak, 97000 Bintulu, Sarawak.

Tel : 086-331758

Faks : 086-337043 / +6086-336620


BIODATA

 

Fasilitator :

GRACE TELON JOSEPH

 

Ketua Kumpulan :

WINNIE ANAK DIAN

 

Ahli- Ahli :

SHAHRIZAN UYO @ SHAHRIZAN SHAPIEE,
BAITHY TINEY ANAK NIKEY,
NORINA EMPINA ANAK SALAMIN,
CALVIN LIGONG ANAK BUJANG@ENDAWIE,
DENNIS GASING ANAK INGGU,
BRIDGET ANAK ACHAN,
NOOR ASHIKIN BINTI YUSOF,
VOLNER ANAK ROBERTSON MAWA,
SITI ZUBAIDAH BINTI PUTRA

Tajuk Projek: MENYELESAIKAN MASALAH PENGESANAN BORANG PERMOHONAN PERTUKARAN HAK MILIK SENAPANG PATAH (ELECTRONIC FIREARM APPLICATION TRACKING SYSTEM))

HURAIAN PROJEK:

Pentadbiran Bahagian Bintulu terdiri daripada Pejabat Residen dan tiga Pejabat Daerah iaitu Bintulu, Tatau dan Sebauh, telah mendapat aduan daripada pelanggan berkenaan cabaran yang dihadapi semasa membuat pertukaran hakmilik senapang patah. Berdasarkan analisa borang kaji selidik, aduan yang dibuat adalah berkaitan dengan kehilangan dokumen, keciciran resit pembayaran, dokumen yang tidak lengkap dan status keberadaan dokumen tidak diketahui kerana melibatkan pihak ketiga seperti pihak PDRM dan Hospital. Ini bukan sahaja menjejaskan KPI Pentadbiran Bahagian Bintulu untuk mencapai kepuasan pelanggan yang terbaik malah ia turut menyebabkan kompetensi pegawai seranta diragui. Sebagai penyelesaian kepada masalah ini, kumpulan BTS 2.0 telah membangunkan satu sistem aplikasi atas talian dikenali sebagai E l e c t r o n i c F i r e a r m A p p li c a t i o n T r a c k i n g S y s t e m (e-FATS) yang mampu merekodkan pergerakan borang permohonan bersama dokumen sokongan untuk dijadikan rujukan pantas untuk semua pihak. Melalui applikasi ini, setiap pergerakan dokumen disimpan ke dalam data berbentuk digital dan boleh diakses oleh mana-mana pihak berkepentingan pada bila-bila masa. Justeru, isu kehilangan dokumen dapat diatasi, masa pencarian dokumen dapat dijimatkan dan kos permohonan semula pertukaran hakmilik senapang patah dapat dikurangkan.