Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Mei, 2025>>
SMTWTFS
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penciptaan Tahun 2020

RES-Q7

 

PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN LIMBANG

PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN LIMBANG TINGKAT 6, BANGUNAN LIMBANG PLAZA, 98700 LIMBANG SARAWAK

Tel : 085-202106

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

Cherylynna Leeza Anak Roland

 

Ketua Kumpulan :

Elizabeth anak Bujang

 

Ahli- Ahli :

Linda Anak Yabi,
Dorti Mulong,
Nur Aishah Saerah Binti Morshidi,
Vallyssa Rachel Anak Masri,
Adrian Anak Sundai,
George Rong Anak Ganing

Tajuk Projek: KAEDAH PERMOHONAN PROJEK YANG TIDAK SERAGAM MEMBEBANKAN KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM SERTA MELAMBATKAN PROSES KOORDINASI OLEH AGENSI (e-Pro8)

HURAIAN PROJEK:

Sebelum ini, ketua kaum membuat permohonan projek secara bersurat kepada Pejabat Residen dan Daerah, agensi-agensi teknikal serta pejabat-pejabat Wakil Rakyat. Hal ini menyebabkan ketua kaum menanggung beban kos kertas dan kos pengangkutan yang tinggi setiap kali ingin membuat permohonan projek. Permohonan yang berselerak dan tidak seragam menyebabkan agensi mengambil masa yang lama untuk menyenaraikan cadangan projek apabila dikehendaki oleh pihak atasan. Selaras dengan peranan Pejabat Residen dan Daerah yang menjadi penyelaras kepada pembangunan di Bahagian dan Daerah, kumpulan RES-Q7 telah membangunkan sistem permohonan projek secara atas talian yang dinamakan “e-Pro8”. Pangkalan data berpusat “e-Pro8” telah memudahkan penyelarasan cadangan projek dan berpotensi menjadi instrumen perancangan kewangan yang baik sekaligus membawa impak pembangunan yang lestari kepada penduduk di Bahagian Limbang. Sistem ini juga sangat mudah digunakan dan Ketua Kaum tidak perlu lagi mengeluarkan kos yang tinggi setiap kali ingin membuat permohonan projek.