Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<April, 2025>>
SMTWTFS
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930 


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penambahbaikan Tahun 2021

SAF2

 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Jalan Datuk Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.

Tel : 082673800

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

Muhaimi bin Suhaili

 

Ahli- Ahli :

Anis Alisya binti Abdullah
Zaliha binti Musa
Radna Wismawati Muhibah binti Yahya Sawek
Nordin bin Seruji
Bidari bin Haili
Cynthia Chan Sing Mei

Tajuk Projek: Sukar Menghasilkan Idea Inovasi

HURAIAN PROJEK:

Inovasi ini membantu seseorang untuk menghasilkan inovasi khususnya kepada warga pendidik dalam bidang pendidikan. Untuk tujuan lapora, inovasi ini memberi tumpuan kepada bakal guru yang menjalani kursus selama 5 tahun iaitu satu tahun (Persediaan [P]), dan empat tahun Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Fokus pelaksanaan inovasi ini adalah untuk PPISMP. Hal ini berkaitan dengan ROADMAP IPGKTAR 2019 - 2022, kami ingin merealisasikan perjalanan organisasi ini melalui beberapa teras yang dilakarkan ke arah peningkatan KUALITI PELAJAR. Teras 2 memenuhi projek ini iaitu Memperkasakan Amalan Penyelidikan dan Inovasi Keguruan. Bayangkan, ketika proses inovasi ini dilaksanakan, seluruh dunia sedang mengalami masalah Pandemik COVID19, dan pada masa tersebut mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. Oleh itu, inovasi kami bukan sahaja membina kaedah menghasilkan inovasi tetapi telah diintegrasikan melalui maya iaitu penggunaan Google Classroom, Google Meet dan pembinaan laman web bagi memudahkan sistem penyampaian, rujukan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Didapati empat punca masalah yang menyebabkan pelajar sukar menghasilkan idea inovasi seperti dalam Rajah Ishikawa 1 dan Graf Pareto 1. Antara puncanya ialah: - kurang bimbingan, tiada panduan, kurang budaya dan kurang pendedahan tool inovasi. Cadangan Penyelesaian masalah &quot;MEMBANGUNKAN KAEDAH YANG MUDAH UNTUK MENGHASILKAN INOVASI&quot; - Menghasilkan kaedah tentang cara menghasilkan inovasi. - Kaedah tersebut mengandungi langkah-langkah daripada awal hingga akhir mengikut fasa. - Proses setiap fasa hendaklah mengandungi langkah-langkah yang jelas dan mudah. - Membina laman web untuk memudahkan capaian maklumat berkaitan dengan cara membuat inovasi. - Menghasilkan kaedah dalam talian yang mudah untuk memberi maklumat yang pantas dan efisien kepada pelajar melalui laman web. - Bimbingan dilaksanakan secara maya dengan berbantukan&nbsp;Google Meet&nbsp;dan&nbsp;Google Classroom. Bagi aspek pemantauan, kami akan laksanakan pada bulan Julai bagi memastikan laporan inovasi tersebut telah dilaksanakan serta aktiviti dokumentasi. 25 kumpulan inovasi ini bertanding dalam konvensyen inovasi tersebut serta membuat showcase. Bagi aspek penyeragaman pula, kami akan memperluas perkongsian dan siri bengkel PUSAR + DO ini kepada semua warga IPG Kampus Tun Abdul Razak dan semua staf, dan pelajar IPG kampus lain seluruh Malaysia pada perancangan tahun 2021 nanti. Penjimatan yang diperoleh dapat diukur melalui latihan bimbingan sebanyak dua hari dengan membuat perbandingan dengan konsultan yang memberi bimbingan yang sama. Bagi kaedah PUSAR + Do, kos yang dikeluarkan ialah sebanyak RM3,090 sahaja untuk 103 pelajar bagi tempoh dua hari, berbanding RM391,400 bagi sebuah syarikat konsultan. Dengan ini penjimatan yang diperoleh bagi tempoh dua hari ialah sebanyak RM388,310.00. &nbsp;