Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Mei, 2025>>
SMTWTFS
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penambahbaikan Tahun 2021

4QUEST REBORN

 

JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN MIRI

JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN MIRI, WISMA PELITA TUNKU, 98000 MIRI, SARAWAK.

Tel : 085435000

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

ANTHONY ABOI

 

Ketua Kumpulan :

JUSTINE NANANG ANAK MEDAN

 

Ahli- Ahli :

NORSHAHERMA BINTI KOLEK
RAHWIE AZZAH BINTI ISMAWI
JENIFER PEARL GARUMPAN
DAHLIA ANTHONY
CHRISTOPHER LAKSMANIE ANAK DAVID MADEK
STELLA ANAK AMAN
NUR AMIRA BINTI MOHAMED

Tajuk Projek: PROSES PENGELUARAN DAN PEMBAHARUAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL) BAGI TUJUAN KEDIAMAN YANG KURANG EFISIEN

HURAIAN PROJEK:

Temporary Occupation Licence (TOL) menurut Kanun Tanah Negeri Sarawak, Seksyen 29 dan rule 18 menyatakan Lesen Pendudukan Sementara yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta boleh dikeluarkan bagi tempoh maksimum tiga tahun. Proses pengeluaran pembaharuan TOL pula memerlukan masa yang lama iaitu lebih kurang dua minggu selepas pemilik TOL membuat pembayaran di kaunter Cawangan Hasil. Jadi, kaedah ini tidak selaras dengan Digital Ekonomi seperti yang diwar-warkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak. Sementara itu, proses site inspection diperlukan bagi tujuan pengesahan pembangunan di lapangan yang bertujuan menentukan tempoh pembaharuan TOL tersebut. Proses yang panjang ini akan menimbulkan pelbagai implikasi negatif bagi jabatan. Semakan yang dibuat ke atas rekod setakat 31 Desimber 2020 jabatan menunjukkan 69% pemilik TOL di seluruh Sarawak melibatkan 26,142 yang perlu diperbaharui setiap tahun manakala 31% pemilik TOL yang melibatkan 12,010 telah ditukar kepada Surat Hakmilik Tanah bagi 319 skim di Sarawak. Kajian yang dibuat mendapati, kelemahan proses kerja sedia ada dan tiada pemantauan pembaharuan TOL telah mendorong proses pembaharuan TOL menjadi lambat. Punca paling mungkin adalah proses kerja manual, proses kerja kurang jelas, tiada KPI, tiada mekanisme pemantauan dan maklumat berpusat di JTS. Urusan pembaharuan TOL yang tidak ditadbir dengan baik akan menjejaskan kelancaran proses pengeluaran TOL baharu. Natijahnya, TOL tidak dituntut oleh pewaris jika pemilik asal meninggal dunia, pemilik TOL tidak menyedari dan tidak tahu tarikh tamat tempoh TOL, pemilik TOL perlu ke pejabat JTS untuk mengetahui cara memohon dan memperbaharui TOL, kekangan jarak untuk berurusan dan tiada senarai semak yang lengkap bagi memproses permohonan pembaharuan TOL. Dengan objektif untuk menggalakkan pembaharuan TOL setiap tahun, 4QUEST REBORN telah menghasilkan inovasi penambahbaikan pengurusan pembaharuan TOL yang dikenali sebagai myLePS iaitu my merujuk kepada sense of belonging yang membawa maksud saya punya manakala LePS membawa maksud Lesen Pendudukan Sementara. myLePS adalah gabungan proses kerja baru bersepadu dan sistem pembaharuan dalam talian yang melibatkan semua proses pembaharuan bermula selepas memuat naik dokumen utiliti dan TOL asal seperti di senarai semak di dalam sistem. Sistem akan membuat semakan untuk mengenalpasti lokasi tersebut melalui Drone View. Drone View ini disimpan melalui pangkalan data yang dikemaskini setiap tahun. Sistem myLePS akan mempercepatkan pembaharuan TOL. Pendigitalan proses pembaharuan TOL dan pemantauan secara menyeluruh akan memudahkan pemantauan dan semakan TOL pada bila-bila masa. Pelaporan myLePS menjadi lebih mudah dan dapat dibuat secara real time. Perlaksanaan myLePS selaras dengan norma kerja baharu yang lebih sistematik dan mudah. Manakala pendigitalan proses kerja akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan. Rekod TOL yang teratur akan membantu mempercepatkan pembaharuan untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat.