Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Jun, 2025>>
SMTWTFS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930 


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penciptaan Tahun 2021

Eagle

 

Majlis Perbandaran Sibu

Majlis Perbandaran Sibu, Tingkat 19-24, Wisma Sanyan, Jalan Sukan, 96000 Sibu.

Tel : 084333411

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

McCrea Joseph Pererra Anthony Luta

 

Ketua Kumpulan :

Zainal Ahmad bin Abdul Sani

 

Ahli- Ahli :

Abang Muhamad Fuad bin Abang Embun
Melvin Matu anak Samuel
Raden Hidayat Bin Raden Perhan
Mohamad Rizal Bin Kassim
Ina Salina Binti Mohd Alzonniza
Siti Norhidayah Abdullah
Nurul Hakim Bin Junaidi

Tajuk Projek: Penggantungan dan Penurunan Serta Pengurusan Fishtail Yang Kurang Efisien

HURAIAN PROJEK:

EZ Pro Hanger merupakan satu alat yang digunakan untuk menggantungkan fishtail pada tiang lampu dengan lebih efisien dan lebih berkesan berbanding kaedah konvensional. Reka bentuk yang lebih kukuh dan mesra pengguna telah memberi impak positif bagi sudut kecantikkan bandar (town beautification) dimana tiada lagi fishtail yang rosak atau terjatuh. Sistem pengurusan iklan bagi permohonan permit fishtail dan giant banner juga telah dinaiktaraf bagi memudahkan proses untuk memantau dan mengurangkan kadar aduan awam berkenaan dengan fishtail haram (illegal). Sebelum adanya alat inovasi EZ Pro Hanger, pemasangan fishtail memerlukan tangga untuk memanjat tiang lampu dan menggunakan dawai untuk mengikat fishtail. Kaedah lama ini memerlukan masa yang lebih lama untuk memasang fishtail di tiang lampu. Kaedah lama ini juga kurang efisien dengan penggunaan dawai serta memerlukan tangga ketika kerja-kerja pemasangan dilakukan. Walau bagaimanapun, melalui penciptaan alat EZ Pro Hanger, pemasangan dan penurunan fishtail menjadi lebih mudah dan cepat. Alat ini dicipta untuk memudahkan proses menaikkan dan menurunkan fishtail di tiang lampu dengan penggunaan alat mekanikal (cordless drill). Dengan adanya alat inovasi ini, kumpulan kami berjaya menjadikan bandar sibu sebuah bandar yang bersih dan memudahkan proses kerja. Pengurangan tenaga kerja yang diperlukan dan berjaya mengurangkan aduan awam. Disamping dapat menjana pendapatan kepada pihak Majlis.