Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Disember, 2025>>
SMTWTFS
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031 


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penambahbaikan Tahun 2022

AIM

 

Majlis Daerah Matu dan Daro

Jalan Panggiran Hipni, 96250 Matu

Tel : 084832273

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

Apohrozy Ezrie Bin Eallie

 

Ahli- Ahli :

1. Mohd Azrail Bin Mohd Hafiz
2. Mohd Rizuan Bin Mohd Azmi
3. Kamil Bin Latip
4. Sharilnizam Bin Che Jamel
5. Amirul Shafiq Bin Suita

Tajuk Projek: Aduan Kacau Ganggu Lembu Ternakan Terbiar Yang Tinggi Di Kampung Tian, Matu

HURAIAN PROJEK:

Aduan awam berkaitan dengan kacau ganggu lembu ternakan terbiar yang tinggi di kawasan kampung Tian, isu yang tidak berkesudahan ini sememangnya menjadi buah mulut penduduk setempat membuatkan kadar aduan berkenaan perkara ini adalah tertinggi diterimaoleh Seksyen Kesihatan MDMD. Masala ini juga seringkali dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Majlis semenjak 2016 dan sehingga ke tahun 2020 masih belum ada jalan penyelesaiannya dan kemuncaknya masalah lembu terbiar ini di suarakan oleh YB Adun N44 Jemoreng di dalam Program Randau Rakyat yang dilaksanakan beliau. Ketiadaan prosedur/tatacara penguatkuasaan yang jelas serta agensi khusus yang menguatkuasakan perkara ini menyebabkan pihak pemilik/penjaga haiwan ini mengambil kesempatan. Aduan-aduan yang diterima oleh pihak Majlis seringkali di salurkan kepada pihak Jabatan Vetreinar dan PDRM, namun kedua-dua agensi ini juga tidak mempunyai peruntukan yang khusus bagi menanggani masalah ini. Kesannya, kadar aduan semakin tinggi saban hari dan akhirnya perkara ini telah diviralkan penduduk setempat melalui media massa. Hal ini secara tidak langsung dapat menjejaskan imej pihak Majlis kerana dikatakan gagal untuk mengambil tindakan ke atas kesalahan ini. Gangguan kacau ganggu di atas jalan raya juga yang disebabkan kehadiran lembu liar ini boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.Dan dalam masa yang sama, najis-najis lembu ini boleh mendatangkan kacauganggu bau busuk serta mencacatkan pemandangan. Untuk ini Kumpulan AIM telah menggubal satu polisi khas berasaskan perundangan-perundangan yang sedia ada untuk menanggani perkara ini. Polisi Penguatkuasaan Haiwan Ternakan Terbiar Bagi Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Matu Daro telah dikuatkuasakan dan digunakan sepenuhnya semenjak 1 Mac 2021 dan memberikan kesan langsung ke atas masalah-masalah yang sebelum ini menjadi isu. Kadar aduan menurun dengan drastik, kadar kepuasan pelanggan meningkat (dalam aspek penguatkuasaan haiwan ternakan terbiar). Isu yang seringkali di timbulkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Majlis kini telah dapat diatasi sepenuhnya. Pihak MDMD juga mendapat maklumbalas yang amat positif daripada penduduk setempat setelah berkuatkuasanya polisi ini dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej majlis di mata rakyat.