Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<November, 2024>>
SMTWTFS
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penciptaan Tahun 2022

Kaul IX

 

Majlis Daerah Dalat dan Mukah

Aras 1, Pusat Pentadbiran Baru, Jalan Wawasan, Peti Surat 68, 96400 Mukah, Sarawak.

Tel : 084871622

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

NELSON AFFENDI ANAK PADANG

 

Ahli- Ahli :

1. SHEILA ANDREW ANYIE
2. RINA AISHA BINTI THOMAS
3. KIU CHAI YIENG
4. SAFARI BIN JOOL
5. NUR AZZARINA ABDULLAH
6. GABRIEL ANAK SEBASTIAN
7. RONNY STEPHEN UMAT
8. NURULAINA IZRIN ABDULLAH

Tajuk Projek: LONGGOKAN SAMPAH SARAP YANG MELIMPAHI KELUAR DARI TONG SAMPAH

HURAIAN PROJEK:

Kakitangan Majlis bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih terutamanya taman awam seperti Pantai Kala Dana. Oleh itu, kecekapan pembersihan sampah amat penting bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa optimum di samping dapat menjaga imej baik Majlis. Bagi memastikan kerja-kerja kutipan sampah dapat dilakukan dengan cekap, Kumpulan Kaul IX telah mencipta sebuah alat inovasi yang dipanggil Trash Bin Sensors (TRASENS). Alat ini dicipta berdasarkan permasalahan-permasalahan yang sering berlaku dalam proses pembersihan. TRASENS direka dengan aplikasi supaya dapat mengesan tahap muatan di dalam tong sampah pada kadar yang telah ditetapkan. Apabila muatan tong sampah penuh, kakitangan Majlis akan menerima isyarat dari aplikasi tersebut. Kakitangan akan menghubungi pihak yang bertanggungjawab untuk mengangkat muatan sampah tersebut. Kehadiran TRASENS akan meningkatkan operasi pengurusan sisa pepejal dengan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik untuk kakitangan pembantu awam. Penggunaan TRASENS merupakan inisiatif pihak Majlis dalam menangani aduan awam mengenai longgokan sampah yang bertaburan di sekeliling tong sampah di taman awam. Sampah sarap yang bertaburan dan longgokan sampah merupakan antara pandangan yang menjengkelkan masyarakat dan mencacatkan imej Bandar Mukah sebagai pilihan destinasi pelancongan. Sehubungan dengan itu, TRASENS secara tidak langsung dapat membentuk masyarakat berminda kelas pertama yang bertanggungjawab dan kesedaran tinggi dalam kebersihan persekitaran.