Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Jun, 2025>>
SMTWTFS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930 


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penambahbaikan Tahun 2023

Lands Tahai Q

 

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Tingkat 7 & 8, Limbang Plaza, 98700 Limbang, Sarawak.

Tel : 085211388

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

Rosmah Binti Dullah

 

Ahli- Ahli :

1. Zemalani Bin Awang Narudin
2. Farah Afifah Binti Jeffrey P
3. Jassylia Sulan Jarit
4. Darmizi bin Dan
5. Hanapi Bin Majini
6. Mohd Haswandi bin Ibrahim
7. Lydia Jasmine Siok

Tajuk Projek: Kelewatan Penyiapan Kerja Ukur Bagi Penyediaan Bayaran Pampasan Projek Pengambilan Balik Tanah

HURAIAN PROJEK:

Monitoring System for Survey of Land Acquisition (MOSSLA) merupakan sistem dengan kombinasi teknologi web-based untuk kegunaan cawangan penilaian dan survei di pejabat dan offline web apps untuk kegunaan pasukan ukur lapangan. MOSSLA berfungsi sebagai platform komunikasi antara proses pengukuran dan penilaian pampasan yang saling melengkapi dalam memantau dan mengurus kerja ukur bagi memastikan kejayaan projek pengambilan balik tanah. MOSSLA mengatasi kelewatan kerja ukur melalui transformasi pemantauan secara digital, perkongsian maklumat pemilik dan penuntut tanah dan transformasi borang siasatan digital bagi memudahkan kerja siasatan semasa pengukuran di lapangan. Teknologi offline web app akan membantu pengisian borang siasatan dengan mudah di lapangan tanpa capaian internet. Diari harian pengukur dicatatkan secara digital bagi memantau output pengukuran. Analisa dashboard yang dinamik dan interaktif sebagai ciri utama MOSSLA untuk memantau status terkini kerja pengukuran dan projek pengambilan balik tanah secara real time dan menyeluruh. Semua maklumat projek seperti output pengukuran dan rekod tuntutan tanah, prestasi kewangan dan fizikal, statistik dan peratusan, sasaran dan prestasi sebenar serta pencapaian dan masalah dalam projek disimpan secara digital memudahkan carian maklumat dibuat. 7 jenis laporan bulanan dapat dijana melalui MOSSLA. Dengan MOSSLA, kerja siasatan lapangan lebih mudah, kerja pengukuran dipantau dengan lebih sistematik dan penilaian pampasan dapat disediakan lebih awal dengan perkongsian hasil pengukuran dan siasatan dalam MOSSLA. Kerja pengukuran dan projek pengambilan balik tanah dapat dipantau secara menyeluruh bagi memastikan ketersediaan tapak untuk pembangunan selaras dengan program pembangunan kerajaan ke arah Sarawak Maju 2030. Penyeragaman MOSSLA ke seluruh Sarawak telah diluluskan dan dimulai dengan sesi pemurnian MOSSLA bersama pihak pengurusan seterusnya sesi jerayawara ke seluruh JTS Sarawak. MOSSLA telah mendapat verifikasi daripada pihak bertauliah iaitu SAINS dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) yang memperakui bahawa MOSSLA dengan transformasi digital adalah sejajar dengan Inisiatif Sarawak Digital Ekonomi dan PCDS 2030. Sesi perkongsian bersama Jabatan Ukur Brunei, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Labuan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor dan pihak agensi pelaksana iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Agama Islam (JAIS) turut memperakui bahawa MOSSLA adalah sistem yang efisien dan berminat untuk berkolabarasi dengan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.