Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Disember, 2025>>
SMTWTFS
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031 


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penambahbaikan Tahun 2023

I-GROW

 

Pejabat Pendidikan Daerah Miri

SEKTOR PERANCANGAN, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MIRI, JALAN BINTANG, 98000 MIRI, SARAWAK

Tel : 085424585

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

Dr. LING MEI TENG

 

Ahli- Ahli :

1. WONG KUNG KUI
2. WONG HUANG YEW
3. TEO FUNG YONG
4. LAW SENG AI
5. LAW SIE SIEK
6. ZULFADHLI AL FAHMI BIN ABDUL HAMID

Tajuk Projek: THE WONDERS OF PROJECT BASED LEARNING (PBL)

HURAIAN PROJEK:

Kumpulan I-GROW dari Pejabat Pendidikan Daerah Miri (PPD Miri) telah melaksanakan satu projek di bawah Inovasi Penyampaian Perkhidmatan kategori Penambahbaikan Proses. Pernyataan masalah projek ini adalah &quot;PERSEPSI GURU YANG NEGATIF TERHADAP PELAKSANAAN PBL MENYEBABKAN KETIDAKBERKESANAN PELAKSANAAN PBL DAN MENYUMBANG KEPADA KETIDAKCAPAIAN KEMENJADIAN MURID DARI SEGI AKADEMIK, SAHSIAH SERTA BAKAT MURID&quot;. Kaedah Design Thinking telah digunakan untuk menghasilkan Kit &quot;The Wonders Of PBL&quot;. Hasil usaha kumpulan I-GROW ini telah diuji cuba sejak Tahun 2021 dan berjaya dikongsikan kepada sekolah menengah serta sekolah rendah sebagai langkah kelestarian dan penyeragaman pada Tahun 2023. Kit ini berjaya menggabungjalinkan beberapa subjek dalam satu PBL dan tersedia dengan semua kandungan, langkah serta arahan pelaksanaan projek yang jelas. Kit ini memudahkan kerja perancangan PBL dan berjaya meringankan beban murid yang sebelum ini melaksanakan &quot;satu subjek satu projek&quot;. Penggabungjalinan subjek dalam satu projek membolehkan murid-murid menghubungkaitkan pelbagai bidang ilmu dan menyumbang kepada pembelajaran bermakna. Penggunaan Kit &ldquo;The Wonders Of PBL&quot; ini berjaya mengubah persepsi guru terhadap kebolehlaksanaan PBL. Kit ini menjimatkan masa, kos dan meringankan beban guru serta murid. Kit ini juga telah meningkatkan motivasi pembelajaran murid melalui pembelajaran berpusatkan murid. Inovasi ini berjaya meningkatkan kualiti pengajaran guru dan juga menyumbang kepada Kemenjadian murid. Pada tahun ini, kumpulan ini sekali lagi memilih satu projek di bawah Inovasi Penyampaian Perkhidmatan kategori Penambahbaikan Proses. Hasil percambahan idea dari setiap ahli kumpulan menerusi analisis yang dibuat menggunakan kaedah Issue Tree, Analisis RASCH dan 5W1H Tool , kumpulan kami telah memilih pernyataan masalah &quot;PERSEPSI GURU YANG NEGATIF TERHADAP PELAKSANAAN PBL MENYEBABKAN KETIDAKBERKESANAN PELAKSANAAN PBL DAN MENYUMBANG KEPADA KETIDAKCAPAIAN KEMENJADIAN MURID DARI SEGI AKADEMIK, SAHSIAH SERTA BAKAT MURID&quot; . Pemilihan ini dibuat atas pertimbangan terhadap isu yang sering dihadapi oleh para pendidik dalam usaha merancang Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dari segi kekangan masa, tenaga, keyakinan pelaksanaan serta perancangan yang berkesan. Apabila para guru menghadapi isu dalam perancangan dan persediaan pelaksanaan PBL, maka mereka cenderung untuk menggunakan kaedah konvensional yang berpusatkan guru untuk menyampaikan pengajaran. Keadaaan ini amat merugikan murid-murid kerana mereka tidak memainkan peranan aktif dalam pembelajaran, bakat serta peluang bersosial di kalangan murid telah dikorbankan dan sukar untuk guru mentaksir kepimpinan serta pencapaian murid jika komunikasi kumpulan serta penglibatan aktif murid tidak kelihatan. Ini secara langsung membawa kepada isu tiada murid yang mencapai Tahap Pencapaian 6 berdasarkan kepada Deskripsi Standard Prestasi. Sebagai penyelesaian bagi pernyataan masalah i