Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Mei, 2025>>
SMTWTFS
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penciptaan Tahun 2023

WHITE SWAN

 

Jabatan Kerja Raya Sarawak

JKR Bahagian Sibu, Tingkat 15, Wisma Sanyan, Jalan Sanyan, 96000 Sibu, Sarawak

Tel : 084314040

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

MARSHALL ANAK MINGGU

 

Ahli- Ahli :

1. Fazlin Binti Mohamad Basri
2. Noel Russel Anak Ruben
3. Gordon Bryce Anak Joshua Fam
4. Bolthia Ghany Anak Alex
5. Immanuel Anak Stephen Chendang
6. Albert Anak Jilap
7. Jenny Anak Jalili

Tajuk Projek: FlexiFold Safety Barrier

HURAIAN PROJEK:

a) Ringkasan Isu/Masalah dihadapi sebelum inovasi Dengan pemilihan tajuk projek Kelemahan Dalam Penggunaan Kon dan Penghadang Keselamatan Semasa kerja penyelenggaraan jalan dilakukan, kon dan penghadang jalan sementara digunakan untuk menutup jalan sementara bagi menghalang laluan kereta dan membenarkan kenderaan melencong ke laluan sebelah. Kon dan penghadang jalan ini disusun mengelilingi zon bekerja bagi membahagikan zon bekerja dan zon laluan trafik. Kebanyakan pemandu sukar untuk mengenalpasti kedudukan kon dan pengadang Jalan Semasa kerja- kerja penyelenggaraan Jalan dilakukan kerana ianya sukar dikesan oleh penglihatan pada jarak jauh terutama pada waktu malam. b) Sebab/Punca Di antara punca- punca kepada permasalahan adalah sikap Pekerja Penyelenggaraan yang bjrang proaktif (tidak mementingkan keselamatan), kecuaian dalam penggunaan kon dan penghadang keselamatan sementara, masa pemasangan kon dan penghadang keselamatan yang lama, memerlukan kerja, peningkatan kos operasi, kurang Pemantauan dari pihak Konsesi dan Kontraktor penyelenggaraan jalan, pekerja yang kurang kemahiran dan penggunaan peralatan (Kon/ Penghadang Keselamatan Sementara/ &lsquo;Barrier&rsquo;) yang lama atau konvensyenal. c) Akibat (Kesan) Kemalangan jalan raya yang melibatkan pekerja penyelenggaraan jalan dan pengguna jalan raya berlaku. Selain daripada Kemalangan Jalan Raya ianya juga akan menyebabkan kehilangan nyawa Pekerja dan Pengguna Jalan Raya di samping Kecacatan dan kerosakan kenderaan. d) Inovasi Penyelesaian (Projek) Dengan pemilihan tajuk projek Kelemahan Dalam Penggunaan Kon dan Penghadang Keselamatan Sementara Semasa Kerja Penyelenggaraan Jalan Dilakukan, kumpulan White Swan telah berjaya merekacipta satu prototaip yang dikenali sebagai Flexifold Safety Barrier. Produk inovasi ini membolehkan pekerja yang terlibat dalam kerja- kerja penyelenggaraan jalan lebih selamat dan produk ini senang digunakan, mudah dipasang serta bersifat fleksibel. Penggunaan produk ini dapat memastikan pengguna alan raya lebih peka terhadap kerja- kerja penyelenggaraan jalan yang sedang dijalankan semasa pemanduan di jalan raya. e) Data Outcome/Impak (Keberhasilan Projek) Penggunaan Fleksifold Safety Barrier akan memberikan Outcome dan Ipak seperti berikut: i. Pengurangan Kos Pembelian (Pembelian dan penggantian penghadang keselamatan dan kon) ii. Pengurangan Kos Penyelenggaraan (Kos penyelenggaraan Jalan dapat dioptimumkan) iii. Pengurangan Kos Pengangkutan (Kos pengangkutan penghadang keselamatan) iv. Penjimatan Masa Pemasangan (Penjimatan masa pemasangan penghadang keselamatan dapat dikurangkan) v. Peningkatan Keselamatan (Keselamatan Pengguna Jalan raya dan Pekerja penyelenggaraan Jalan) vi. Mengoptimumkan Sumber Manusia (Sumber manusia dapat dioptimumkan)