Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Jun, 2025>>
SMTWTFS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930 


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penciptaan Tahun 2023

YELLOW BRIDGE

 

Jabatan Kerja Raya Sarawak

Tingkat 8-9, Menara Pehin Setiaraja Mukah, 96400, Mukah, Sarawak.

Tel : 084871040

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

Nur Lokman Bin Lokeng

 

Ahli- Ahli :

1. Akmal Safrina Binti Ahmad
2. Mohd Fazri Bin Suhaili
3. Aaron Bin Alexius Asiew
4. Nuresa Esa Abdullah
5. Dayang Suzarina Binti Awang Dol
6. Mohammad Fa'eez Bin Liakat Ali Khan

Tajuk Projek: Proses jaminan dan kawalan kualiti projek yang kurang efisien

HURAIAN PROJEK:

Proses pengurusan kualiti projek di JKR Sarawak berpandukan QAQC Guideline dan Quality Hold Point System (QHPS). Kumpulan mengenalpasti terdapat kelemahan terhadap pelaksanaan QHPS yang menyeluruh dan lengkap dalam pemantauan kualiti projek. Perkara ini menjurus kepada masalah seperti penghantaran bahan binaan ke tapak tanpa kelulusan, penggunaan bahan binaan yang tidak mengikut spesifikasi, kerja di tapak dijalankan tanpa pengetahuan pegawai projek dan masalah utama iaitu tiada bukti dokumentasi kerja di tapak dilaksanakan mengikut spesifikasi. Melalui laporan audit dalaman yang telah dilaksanakan oleh jabatan dari tahun 2020 sehingga 2022, isu keciciran bukti dokumentasi ini didapati telah menjadi masalah yang kerap berlaku di jabatan namun sukar untuk ditangani walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi. Perkara ini sangat merisaukan kerana ia mencerminkan tahap ketelusan dan integriti dalam pelaksanaan projek. Bagi menyelesaikan isu tersebut, kumpulan bersepakat untuk mendigitalisasikan proses Kumpulan telah bersepakat untuk mewujudkan satu sistem atas talian yang berteraskan Quality Hold Point System (QHPS) bagi tujuan pemantauan kualiti projek yang dikenali sebagai Quality Verification Application (AVeQ).