Font Size Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
<<Jun, 2025>>
SMTWTFS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930 


Tiada Acara pada masa ini
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 01 2024
Versi 8.0.2
 
KIK Project Database

Inovasi Kategori Inovasi Penciptaan Tahun 2023

FO-RCED

 

Jabatan Kerja Raya Sarawak

Cawangan Rekabentuk Jalan dan Kejuruteraan sivil, Tingkat 13, Wisma Saberkas, Jalan Tun Abang Haji Openg, Sarawak, 93582 Kuching

Tel : 082203252

Faks :


BIODATA

 

Fasilitator :

 

Ketua Kumpulan :

Welfrad Anak Nyokiew

 

Ahli- Ahli :

1. Esmond Chua Ning Ern
2. Michelle Kristie anak Felix
3. Nathasia anak Sayien
4. Noorhisyam bin Ahee
5. Muhammad Mustaqim bin Jawa
6. Wilentz Ak Micheal

Tajuk Projek: KESESAKAN LALU LINTAS DISEBABKAN KERJA PEMASANGAN BEBENDUL JALAN

HURAIAN PROJEK:

Bebendul jalan merupakan salah satu komponen dalam perabot jalan dan mempunyai
beberapa peranan penting dalam penyediaan sistem jalan raya yang baik. Salah satu kaedah dalam
kawalan pergerakan trafik adalah dengan menggunakan bebendul jalan.
Kerja naiktaraf bebendul jalan akan melibatkan perobohan bebendul jalan sedia ada yang
kemudian menjadi sisa pembinaan yang perlu ditangani secara efektif. Kerja naiktaraf bebendul
jalan juga melibatkan penggunaan jentera berat yang akan memerlukan penutupan jalan sekaligus
menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Berdasarkan proses kerja-kerja menaiktaraf jalan, kerja pemasangan bebendul jalan
merupakan salah satu aspek penyebab kesesakan lalu lintas akibat daripada penutupan dan
lencongan jalan. Kerja pemasangan bebendul akan menyebabkan kenderaan trafik dilencongkan
untuk memberi ruang kerja kepada pekerja dan jentera dalam kerja pemasangan.

Kerja-kerja menaiktaraf akan mengangggu kelancaran trafik kerana tempoh kerja-kerja
pemasangan mengambil masa yang lama yang melibatkan kerja menyimen di tapak bina. Dengan
itu, penambahbaikan perlu dilakukan untuk menginovasikan sistem dan produk agar lebih sistematik
yang dapat mengurangkan tempoh penutupan jalan raya.